Monday, October 26, 2009

Rentas Hutan Frim


Jam 9 pagi 24hb Okt 2009, depan pintu gate utama FRIM. Tunggu member dari PJ. Jam 9.30 baru la mamat Fazli ni muncul. Pertama kali jumpe mamat ni, aku xpac ni ni kurus, huha huha, rupenya sebaya aku, bapak kepada 3 orang anak, bdn besar lagi dari aku.


Pas bersalaman suai kenal, kitorang pun kayuh la masuk FRIM. Memula kayuh ok la jalan datar, pastu dia bawak daki bukit (jalan bertar). Lepas separuh jalan aku dah mengah, si Fazli ni pulak giler laju jer naik sampai keatas. Tercungap cungap nak ngejornya, kuat kederat mamat ni.


Sampai jer kat atas kitorang mula masuk track. Giler, dahla tanah licin, naik bukit pulak tu. Aku dah rase nak gugur kepala lutut, si Fazli pulak makin laju kedepan. Dua kali dia tunggu aku yang sekejap sekejap break. Fuyoo.. teruk gile stamina aku pagi tu.


Dalam 500 meter kayuh kedalam, jalan dah mula sempit, ader la dalam 2 kaki lebar jer. Belah kanan tebing bukit, belah kiri gaung maut.. dalam sihh.... dalam hati aku kata, kalu jatuh... alamat nak naik balik tu tipis la harapan....


4.0 km kiteorang dah kayuh dalam keadaan jalan sempit dan tebing curam. Track pulak mcm tak sesuai tuk kayuh basikal. Kejap naik, mendaki.. pastu menurun tak ingat curam. Memang gile.. gile best sioutt..... Suker aku jelajah tempat gini..

Ni dia... jambatan tak usang... tapi semak penuh... Nak tak nak redah jugak la... tengok gaya macam takdak kesan orang lalu pun sebelum kami.. agaknya laaa....




4.5 kilomiter, bukit dah makin landai. Tapi tak larat nak kayuh lagi pasal kaki dah mencerit mintak rehat. Rehat lagi 5 minit. Nasib baik Fazli kata depan jer skit lagi dah tak payah kayuh, jalan depan tu dah start menurun bukit. Perh.. lega kata aku...


5km. Tau-tau jer dah kuar balik ker jalan on-road. Aku ngan Fazli punya la mengah. Macam lari 100x100 berganti ganti. Kata menurun bukit.. tapi tang ujung ujung jalan tu boleh pulah mendaki balik... tu yang mengah tu..... lepak lagii... . Pas ilang penat sambung lagi kayuh on-road. ingat leh la kurang penat selepas redah hutan tadi, rupenya tak... mendaki puulakkkk..... kecuraman diaa... 45 darjah..... kiteorang kayuh panjat sekerat jalan jer.... surender.. tak larat dah... bukan nak tercabut kepala lutut lagi .... dah tertinggal kat belakang agaknya.....

Apa pun, kesimpulannya, bagi aku yang firt time kayuh basikal dalam hutan ni, sangat la syok, layannnn. Tapi aku blom puas lagi. Nak kayuh lagi. Mungkin lain kali aku akan datang lagi ke FRIM dan cari mana-mana laluan yang belum aku redah. Nak redah sampai muntak hijau.... hahahaha... ko tunggu la FRIM... aku datangggg.... muahaaaaaa.....

1 comment:

Norhayati Nordin said...

Datang jgn tak datang. Kami alu-alukan

NNordin Corp Comm FRIM

Anda juga mungkin meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...