Thursday, October 29, 2009

Projek Fuselarge



sekali pandang nampak ada rupe heli.... bile tenung lame skit...... emm... mcm ikan keli lak... mmmm goreng pun sodap!

New Item For My Bike

Chain guard
Discovery Bottle

Tuesday, October 27, 2009

My Rockbike Bike Spec

Frame : RB Rockbike Aloy 17 inci 27 Speed
Fork : Rock Shox Pilot 1.3kg 100mm travel shock
Hub : Shimano Deore 26 inci
Rim : Aloy Double Wall Rim 26 inci
Tyre : Off-Road Tyre
Break : Shimano V-break
Break Shoe : Shimano
Stem : FSA Aloy
Handlebar : Bontrager Aloy
Endbar : Aloy
Handle Grip : Velo
Shifter : Shimano 7 Speed
Odo : CatEye Velo8
Headlamp : Mini Headlamp White Single LED

Saddle : Nexus
Seatpost : Truvatif 27.2 mm
Porch : Scott
Taillamp : Mini Lamp Red Color 5 FED
Clam post : RMB
Bottle post : Zetta Plastic
Pump : Beto
FD : Shimano Deore
RD : Shimano Alivio
Cassate : Shimano 7 speed
Crankset : Japan Brand Aloy
Paddle : Aloy
Chain : Shimano 7 speed


Complete Bike Review

Monday, October 26, 2009

Rentas Hutan Frim


Jam 9 pagi 24hb Okt 2009, depan pintu gate utama FRIM. Tunggu member dari PJ. Jam 9.30 baru la mamat Fazli ni muncul. Pertama kali jumpe mamat ni, aku xpac ni ni kurus, huha huha, rupenya sebaya aku, bapak kepada 3 orang anak, bdn besar lagi dari aku.


Pas bersalaman suai kenal, kitorang pun kayuh la masuk FRIM. Memula kayuh ok la jalan datar, pastu dia bawak daki bukit (jalan bertar). Lepas separuh jalan aku dah mengah, si Fazli ni pulak giler laju jer naik sampai keatas. Tercungap cungap nak ngejornya, kuat kederat mamat ni.


Sampai jer kat atas kitorang mula masuk track. Giler, dahla tanah licin, naik bukit pulak tu. Aku dah rase nak gugur kepala lutut, si Fazli pulak makin laju kedepan. Dua kali dia tunggu aku yang sekejap sekejap break. Fuyoo.. teruk gile stamina aku pagi tu.


Dalam 500 meter kayuh kedalam, jalan dah mula sempit, ader la dalam 2 kaki lebar jer. Belah kanan tebing bukit, belah kiri gaung maut.. dalam sihh.... dalam hati aku kata, kalu jatuh... alamat nak naik balik tu tipis la harapan....


4.0 km kiteorang dah kayuh dalam keadaan jalan sempit dan tebing curam. Track pulak mcm tak sesuai tuk kayuh basikal. Kejap naik, mendaki.. pastu menurun tak ingat curam. Memang gile.. gile best sioutt..... Suker aku jelajah tempat gini..

Ni dia... jambatan tak usang... tapi semak penuh... Nak tak nak redah jugak la... tengok gaya macam takdak kesan orang lalu pun sebelum kami.. agaknya laaa....




4.5 kilomiter, bukit dah makin landai. Tapi tak larat nak kayuh lagi pasal kaki dah mencerit mintak rehat. Rehat lagi 5 minit. Nasib baik Fazli kata depan jer skit lagi dah tak payah kayuh, jalan depan tu dah start menurun bukit. Perh.. lega kata aku...


5km. Tau-tau jer dah kuar balik ker jalan on-road. Aku ngan Fazli punya la mengah. Macam lari 100x100 berganti ganti. Kata menurun bukit.. tapi tang ujung ujung jalan tu boleh pulah mendaki balik... tu yang mengah tu..... lepak lagii... . Pas ilang penat sambung lagi kayuh on-road. ingat leh la kurang penat selepas redah hutan tadi, rupenya tak... mendaki puulakkkk..... kecuraman diaa... 45 darjah..... kiteorang kayuh panjat sekerat jalan jer.... surender.. tak larat dah... bukan nak tercabut kepala lutut lagi .... dah tertinggal kat belakang agaknya.....

Apa pun, kesimpulannya, bagi aku yang firt time kayuh basikal dalam hutan ni, sangat la syok, layannnn. Tapi aku blom puas lagi. Nak kayuh lagi. Mungkin lain kali aku akan datang lagi ke FRIM dan cari mana-mana laluan yang belum aku redah. Nak redah sampai muntak hijau.... hahahaha... ko tunggu la FRIM... aku datangggg.... muahaaaaaa.....

Tuesday, October 20, 2009

Kayuh Di Puncak Bukit DPC




Mlm tadi buat pertama kali kayuh daki bukit Desa Park City. Macam nak luruh kepala lutut. Tapi gua stedy jer beb... dari bawah sampai puncak dekat 15 minit... perkh.. gile lame.. mamat Gab tu kayuh roadbike, kejap jer dah sampai atas.. kuat betul kederat dia ni... ader minum kayu tongkat si ali ker Geb??!!

Monday, October 19, 2009

New Bike


RockBike MTB aku... hahahaa selepas menghempas pulas akhirnya aku dapat gak beskal yg aaku idamkan. Frame rockabike aku ni aloy, ringan skit la dari besi tulen. Lain-lain part aku transfer jer dari yang lama punya. skang ni hub belakang jer yang belum tukar lagi. Hub tu dah ader, jenis Shimano untuk 8 speed. Masalahnya batang lock shaft pulak takde. Dsh tu nak kena pakai casatte lain pulak, casatte yang guna skang ni jenis freewheel punya.... argghh...... kena tungu ada modal baru bleh buat....

Friday, October 16, 2009

Frame Aloy


Ni frame brand RockBike.
Size 17 inci
Untuk 27 speed
Bli Second kat ABC Bicycle.
Termasuk sekali dengan BB ngan stem

Wednesday, October 14, 2009

RMB Cycling Helmet


Side View
Back View
Top view

Inside view

Baru beli. Brand RMB. Boleh la stakat nak guna tuk safety je. Nak melaram lelawa kos pulak tak cukup budget. Takpe, pakai dulu, agak-agak nanti ader modal lebih skit, tangkap lain pulak.

Lagi Upgrade





Tuesday, October 13, 2009

Asogo AKA Merida Upgrade



Inilah gambar terbaru basikal aku. Walaupun tak banyak yang berubah, tapi aku puas hati juga dengan adanyanya beberapa aksesori tambahan yang telah aku upgrade. Antaranya bottle holder yang dulunya aku guna aloy, skang dah tukar kepada plastik. V-Brake pun dah ganti dengan Shimano Deore punya. Kemudian safety tail lamp dan porch bag. Ditambah pula bar end dan absorber fork depan. Fork ni cap ayam jer tp boleh la nak guna suka-suka. Cooming soon aku nak tukar rim, crankset dan nah tambah sikit-aikit aksesori lain pulak.