Sunday, June 6, 2010

Tragedi di Antara Gapi


Rawang 6 Jun.
Dilaporkan 1 terbunuh dan 1 cedera parah, sebuah kapal terbang ringan jenis Cessna yang gagal dikawal terhempas di pinggir tebing di sebuah kawasan lapang di Antara Gapi.
Menurut sumber lagi, kejadian yang berlaku pada jam 11.54 tengah hari itu (waktu tempatan) turut disaksikan oleh seorang penduduk kampung berhampiran, serta dua juruterbang dari Kuala Lumpur yang sedang menjalankan latihan penerbangan di kawasan berhampiran tempat nahas pesawat tersebut.
Seorang penduduk kampung yang namanya tidak mahu disiarkan berkata, beliau pada ketika itu sedang melalui kawasan nahas terdengar satu hentaman kuat diikuti jeritan mangsa meminta tolong. Semasa sampai di kawasan nahas beliau mendapati sebuah kapal terbang mengalami rosak teruk dengan keadaan engin pesawat separuh terbenam kedalam tanah dan seorang juruterbang tercampak keluar dari kokpit. Manakala seorang lagi mangsa masih terikat di tempat duduk hadapan sebelah jurupandu.
Kapten Nabil dan juga seorang lagi juru terbang yang sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan itu berkata, sebelum hentaman kuat berlaku, kapal terbang jenis cessna itu pada awalnya kelihatan agak pelik dalam oriantasi penerbangannya. Beliau mendakwa kemungkinan ianya mengalami masalah teknikal memandangkan cara ia diterbangkan agak tidak stabil dan kelihatan terhuyung hayang.
Bangkai pesawat kini telah di bawa ke unit tindakan udara TUDM bagi menjalakan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas dan mangsa yang terselamat diterbangkan menggunakan jet FUNJET untuk dihantar ke hospital berdekatan.



-Tiadanama-

No comments: