Wednesday, September 30, 2009

My First MTB


Aku beli ari ahad ari tu, 27/9/2009 kat Kedai di Sungai Buloh. Beli Skali tiga bijik terus. Brand Asogo, made from Taiwan. Body nampak ok la, dia punya seni penyambungan not bad. Cume berat skit, maklum la body besi. Bicycle ni rasenya saiz 26", tayar pun 26".

Ni spedometer yang baru aku pasang. Tak lah canggih mana tapi setakat nak tau speed ngan jarak tu boleh la. Selain tu Cateye ni juak boleh calculate calory, max speed, max mileage, timer dan Odo.

FSA dan BONTRAGER. Dua-dua ni ada brand rupenya. Aku try search dalam internet, terjumpa la dua benda ni. Memang web dia web berkaitan bicycle jer. Item - item diorang tu wolrdwide punya. Kira kalau orang yang betul-betul peminat bicycle tau nama brand ni. Harga boleh tahan. Kira tahap mampu milik la.

Giant seat ni baru jer tukar. Yg stock seat punya tak berapa sedap guna. Rase keras jer walaupun nampak macam tebal.

One set Shimano transmision:
Alivio Rear Derailleurs, Deore Front Derailleurs, Cassette Sprockets dan Shifter 7 speed. Model ni aku tak tau la release tahun bila. Tapi masih nampak mantooop la.

Pedal aloi. Murah jer ni pun, asalkan nampak cun.....

Cranksets ni yg stock punya. Mungkin satu hari nanti akan cari yang lain, samada shimano atau yang setaraf dengannya.

No comments: