Kapal terbang ini telah di baik pulih pada bahagian sayap kiri dan kanan (rujuk thread sebelumnya) yg mengalami keretakan akibat "hard landing". Warna asalnya adalah merah, biru, hijau (Brasilian Airforce) dan telah diubahsuai kepada keadaan sekarang.
(Brazilian Military Acrobatic Team flying Embraer T-27s)
Kapal terbang jenis ini kebiasaanya digunakan untuk latihan ketenteraan dan juga dijadikan sebagai pertunjukan udara.
Menggunakan kuasa engine nitro 91size dari jenama JBA (buatan China) kapal terbang kawalan jauh ini mampu terbang di udara dengan stabil dan amat sesuai sekali dimiliki oleh golongan baru yg ingin berkecimpung dalam arena kapal terbang kawalan jauh.
Berharga diantara RM350 - RM600 (bergantung kepada saiz dan model/jenama) setiap satunya perlu dilengkapi dengan gadjet lain untuk menerbangknannya. Diantara lain-lain gadjet yang diperlukan adalah seperti, servo, bateri, transmitter (alat komunikasi antara pengguna dengan kapal terbang), kelengkapan engine (nitro/petrol) dan lain-lain (untuk mendapatkan/mengetahui lebih lanjut anda boleh menjelajah di dalam Blog ini untuk maklumat).
Kebiasaannya, model seperti ini memerlukan kawasan tanah yg luas bagi menjamin kepuasan dan keselamatan ketika mengendalikannya di udara. Tidak seperti kapal terbang yg bersaiz kecil (15-40 size), keluasan padang bola sudah cukup untuknya. Selain itu, tahap keselamatan juga amat penting. Sebaik-baiknya, kawasan penerbangan itu biarlah jauh dari kawasan kejiranan/bangunan kerana impaknya (sekiranya berlaku kemalangan spt. terhempas), ia mampu membunuh (sudahpun berlaku kes kematian). Jadi, walaupun ianya hanya sekadar "hobi" namun keselamatan amat diutamankan kerana maut ada dimana-mana.
No comments:
Post a Comment