Friday, November 30, 2012
Lupa atau tak ingat?
Wednesday, November 28, 2012
Kalau masa dapat diundur
Kalau lah masa dapat diundur mcm undur kereta kebelakang........
Bila kite ada buat kesilapan, otak mula pikir yg tak logik..."kalau lah masa dapat diundur kembali..." Banyak kesilapan yg sering kita buat dalam seharian hidup ini. Kekadang kesilapan itu meninggalkan kesan yg sangat dalam dan merosakkan masa hadapan. Kita tak mampun untuk mengembalikan masa yg telah pergi...namun kita tak juga mampu untuk berhadapan dengan masalah yg bakal dihadapi di masa mendatang. Itu semua berpunca dr diri kita sendiri. Kita yg memilih jalannya... Mengenangkan kisah lalu sampai bila bila pun ia tak akan kembali lagi.
Aku sering mengharapkan masa dapat kembali ke zaman silam. Bukan aku tak bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang, tp kesilapan aku yg masa lalu telah membuatkan aku ingin berpatah balik ke zaman silam untuk memperbetulkan keadaan dimasa hadapan. Malangnya semua itu tidak akan membuahkan apa apa hasil. Jika kita dapat menggambarkan apa yg bakal akan berlaku dimasa hadapan sudah tentu kita akan lebih berhati hati memilih langkah. Masa tak menunggu kita malah ia sentiasa meninggalkan kita.....
Masa.... Demi masa manusia dlm kerugian... Bagi insan lemah seperti aku ni lah yg paling dalam kerugian. Setiap langkah yg ku harungi untuk menempuh masa mendatang sangat lemah. Aku membayangkan yang aku dapat mengembara semula ke zaman silap, memperbetulkan semula keadaan yg tersilap...yg membuatkan aku ketika ini bagaikan menyesali apa yg terjadi.
Zaman kanak kanak sangat mengembirakan...tp pada masa itu kita tidak memikirkan langsung apa yg bakal berlaku waktu mendatang. Zaman kanak kanak kita dibuai keriangan, kita tak pernah memikirkan masalah kehidupan yg bakal kita tempuh, kita tidak pernah menghiraukan apa yg bakal kita hadapai, cuma yg kita fikir tentang keseronokan untuk hari ini, esok, lusa dan hari-hari berikutnya. Bila kita menjakau usia, kita mula rindukan zaman itu. Kita mula memikirkannya... Tapi masa tak membenarkan kita kekal diusia itu. Usia makin meningkat, masa semakin berlalu, dan kita semakin ke penghujung nyawa.....
Kalau lah masa dapat diundur......
Ada seketika kita ghairah dengan angan-angan masa hadapan... Bagaikan tidak sabar menunggu masa mendatang...tp kita silap...masa hadapan itu bergantung kait dengan masa sekarang... Kita yg membentuk masa hadapan diri kita dan bukan masa yg membentuk diri kita dimasa hadapan. Tersilap langkah sekarang bermakna silap jugalah yg bakal kita hadapi di masa hadapan.
Sekarang kita tidak mampu membayangkan apa yg bakal terjadi dihadapan kita tapi kita dapat menbayangkan masa hadapan itu dengan apa yg kita buat ketika ini.
Bayangkan....jika kita dapat mengundurkan kembali masa silam, mampu kah kita menghadapi masa yg akan kita tempuh sekarang... Mustahil ini akan berlaku. Yg berlalu terus akan berlalu... Yg mendatang pasti kita tempuh. Bagaimana??....bijak lah dari sekarang kita menguruskan hidup seharian kerana hari ini kita lakukan untuk esok dan esok adalah untuk hari seterusnya......hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini........menyesali kesilapan lalu mampu mengubah apa yg bakal dihadapi di hari kelak.... Fikir-fikirkan lah.....